Saturday 10 March 2012

Seorang Yang Bergelar Ibu...(01)

   Namaku Nur Sham Fatimah Amirah Binti Muhammad Abdullah Amir Hamzah dan Nur Siti Khatijah Mariah. Berumur 24 tahun, bekerja   di sebuah rumah anak yatim. Dan aku, anak sulung daripada 5 orang adik-beradik dari 2 pasangan , Encik Muhammad Abdullah Amir Hamzah Bin Muhammad Abdullah Lee dan Puan Nur Siti Khatijah Mariah Binti Muhammad Awang Ismail.Cerita ku bermula setelah bapaku yang ku memanggilnya "Abbie" , telah meninggalkan kami buat selamanya.

   Sejak pemergian Abbie, Ummie (ibuku) telah mengambil posisi sebagai seorang suami dan isteri serta bapa dan ibu. Ummieku menjaga kami adik - beradik seperti menatang minyak yang penuh. Hati ku sering tertanya-tanya ketika usia ku 12 tahun. Mengapa Abbie meninggalkan kami?, adakah Abbie sudah tidak rasa kasih sayang kami?, dan aku penah menanyakan soalan-soalan itu kepada Ummieku,lalu Ummieku menjawabnya dengan penuh kasih sayang dan lemah - lembut ; " bukan begitu Kak ( singkatan bagi perkataan kakak dan gelaran ku dirumah), Abbie sebenarnya sayang dengan kita,tapi Allah S.W.T lagi menyayangi Abbie. Dari situlah aku mengerti akan erti kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati, dan setiap yang telah mati pasti akan 'dibangunkan' semula dipadang Masyar.

   Walaupun Ummie ku salah seorang daripada tenaga pengajar, tetapi perbelanjaan kami masih tidak dapat menampung kehidupan yang kian maju ini. Ada kalanya, ak terlihat Ummie sengaja tidak mahu makan , apabila ditanya jawabya ;"  tak palah, makan saja kamu, kejap lagi barulah Ummnie makan ,ya...." . Tetapi apabila ku menunggu bilakah Ummieku akan menjamah nasi ?, rupa-rupanya dia tidak menjamah nasi yang kami aik-beradik tinggalkan untuknya. Dia hanya minum air suam sahaja katanya, "ummie dahaga saja, tapi tiak ada rasa lapar". Tetapi hatiku tetap berkata yang Ummie ku ini mengikat perutnya untuk kami supaya dapat makan dengan cukup.

   Tiba suatu hari, ummieku jatuh pengsan semasa mengajar dikelas. Bila rakan-rakan sepejuangannya bertanya; "ustazah ,ada engkau sarapan  pagi? " lalu ummie ku menjawab " ada, mungkin saya kurang rehat sebab saya agak kepenatan kebelakangan ini."  Setibanya aku pulang kerumah, aku terus menanyakan soalan kepadanya," uummie,kenapa ummie selalu tidak mahu makan? , kenapa ummie tidak mahu membenarkan kami tahu akan keperitan kehidupan kita?" ..Ummieku yang pada mulanya hanya bersenyum akhirnya memberitahu akan keperitan sebenarnya kepada aku.

   Dalam beberapa tahun ini, apabila mula cuti umum , cuti persekolahan ummie akan berangkat ke Maktab Perguruan untuk menyambung pelajaran meski kami selalu itinggal tetapi aku mengerti setiap yang berlaku ada kebaikannya, jadi kebaikan untuk keluarga kami walaupun kami terpaksa berjauhan dengan ummie ketika dia pergi untuk menimba ilmu ialah, dapat berkongsi   pendapat,pendidikan , dan dapat meningkatkan taraf hidup kami sekeluarga.

   Ummie ku selalu berpesan kepada aku dan juga adik-adikku yang lain setinggi mana pun kita berada, kaya dengan harta benda, tidak ada gunanya jikalau tidak kaya dengan ilmu  dunian ,akhirat dan akhlak yang tersemat di dada. Kata-kata itulah, yang menjadi pegangan kejayaan hidup ku. Walaupun pendek ayatnya, tidak sempurna ayatnya namun, aku dapat merasai akan rahsia daripada setiap perkataan yang di ungkaikan.


BERSAMBUNG SEORANG BERGELAR IBU (02)